Pages

Friday, 28 October 2011

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

MATLAMAT

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka Berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tangungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

1.      Membina kecergasan badan.

2.      Mempunyai tubuh badan yang sihat.

3.      Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

4.      Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

5.      Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

6.      Mempunyai kematangan emosi.

7.      Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

8.      Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

9.      Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.

10.  Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

11.  Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.

12.  Mengamalkan nilai murni.

13.  Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

14.  Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan seharian.

15.  Meneroka persekitaran mengunakan kemahiran proses sains asas.

16.  Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dann menyelesaikan masalah.

17.  Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

18.  Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

19.  Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


FOKUS
Pendidikan prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangaan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran di sekolah rendah kelak.

ORGANISASI KURIKULUM
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan  oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard Kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard Kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai, Tunjang  Kemanusiaan, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangaan Fizikal dan Estetika serta  Tunjang  Perkembangan Ketrampilan Diri. Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan Sekolah Rendah.

1.      Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pegantarnya bukan Bahasa Malaysia.
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangaan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

2.       Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan Islam
Pendidikan Islam member i  pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan seharaian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf  hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan Moral
Pendidikan  Moral  prasekolah member focus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti  yang spesifik tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah  Kebangsaan adalah seperti berikut : kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisplin.

3.      Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosioemosi
Pendidikan prasekolah memnberi penekanan kepada perkembangaan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang  stabil dan kurang mantap. Perkembangaan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang  masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

4.       Tunjang  Perkembangan Fizikal  dan Estetika
Tunjang Perkembangaan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangaan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.

Perkembangan Fizikal dan penjagaan kesihatan
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk  teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat  yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka.  Secara lazimnya kanak-kanak  yang mempunyai  badan yang sihat dapat member tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangaan Kreativiti
Perkembangaan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan  proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus Seni Visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk  kepada proses mengenal dan memilih bahan yan y diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan proses  menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran  serta hasil kerja orang lain.
Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja  digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif  pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

5.      Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal Sains
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam kehidupan  ( contoh : tumbuhan, haiwan ) alam bahan ( contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet ) dan alam fzikal ( contoh : pelangi, cuaca ). Tunjang ini lebih mementingkan pengusaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja member peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal  Matematik
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak . Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan keadah yang menyeronokkan.
Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

6.      Tunjang Kemanusiaan
Tunjang kemanusiaan member peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami pehubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga member  penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatandalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

Modul Asas dan Modul Bertema
Pendidikan prasekolah dilaksanaknan melalui modul asas dan modul bertema.

Modul Asas
Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina ( untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina ) Bahasa Tamil ( untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil ). Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.
Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M ( membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa kanak-kanak beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk fizikal di luar, maka Permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.
Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35 % daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4 M.

Modul Bertema
Pengajaraan dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Prasekolah kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan Moral dan matematik. Pada awal tahun, modul asas tema mengambil masa lebih kurang 35 % masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.
Guru boleh menentukan  tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut: Diri saya, Negara saya, Alam Kehidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal. Contoh tema yang boleh dibina untuk Diri saya adalah Sekolah Saya, Kawan Saya, Keluarga saya. Contoh tema yang boleh dibina untuk  Negara saya adalah  Perayaan Hari Raya, Kemerdekaan Negara, Lagu dan Muzik tradisional. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam kehidupan adalah Haiwan dan Tumbuhan. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah cuaca.

Aktiviti Rutin
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil alih kurang 30 % daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan.

 REKABENTUK KURIKULUM
Dua ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Prasekolah kebangsaan dibangunkan berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Tujuan utama penetapan  standard  adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah member pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

Standard kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan bolehn lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard pembelajaran merupakan satu penetapan criteria atau indicator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (  behavioural ) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.


Kurikulum Berbentuk Modular
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit, bahagian atau unit ini dinamakan modul.

Dua jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.

Modul Asas
Modul Asas terdiri daripada Kompenan Bahasa ( Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil ),Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu yang khas diperuntukkan untuk pengajaran setiap kompenan ini.


Modul Bertema
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur  dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur  kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.

Teori Pembelajaran yang dijadikan fokus
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivme di mana:

·         Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan spoon feeding.

·         Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

·         Perbezaan individu dibenarkan.

·         Murid belajar mengikut kadar sendiri.

·         Guru mengajar dengan mengaitkan pengalaman seharian murid.




Wednesday, 26 October 2011

Friday, 21 October 2011

Pentaksiran Prasekolah

PRASEKOLAH

Definisi Prasekolah

Sedang Dalam Pembinaan
Harap Maaf ....
Akan  diwujudkan dalam Sedikit masa lagi....

Digital Clock + Date

My Blog List

There was an error in this gadget