Pages

Thursday 29 December 2011

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAAN MURID DI PRASEKOLAH

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka Berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangi cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangaan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenal pasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian.

OBJEKTIF MODUL

Modul ini bertujuan menyediakn maklumat asas, menerangkan definisi, konsep, istilah serta member contoh instrument untuk dijadikan panduan kepada guru bagi menjalankan pentaksiran dan menilai perkembangaan murid di peringkat prasekolah.
Objektif modul ini adalah untuk membantu guru:
1. Memahami tujuan, konsep, istilah serta keadah berkaitan pentaksiran prasekolah
2. Mengenalpasti perkara-perkara ( konstruk ) yang ditaksir
3. Mengenal pasti jenis instrument yang sesuai untuk mentaksir murid.
4. Membina instrument
5. Mengurus dan melaksanakan pentaksiran
6. Merekod dan menganalisis maklumat tentang prestasi murid
7. Membuat pelaporan perkembangaan prestasi murid.

APAKAH PENTAKSIRAN PRASEKOLAH?

Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangaa murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterprestasi maklumat yang diperoleh.

Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh mengunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah.

Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yng sering digunakan untuk penaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif ( Formative assessment ).

Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha kea rah penambahbaikan ( improvement ) serta perkembangaan ( development ) dan bukan pencapaian ( achievement ) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangaan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.

Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standart digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK ) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK perlu diukur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.

APAKAH PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD?

Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standartd Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ianya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standart Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indicator pencapaian dalam bentuk objektif tingkah laku ( behavioural ) yang boleh diukur, untuk memastikan pengusaan setiap Standard Kandungan.

Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang dan tahap perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistic, boleh difahami dan lebih member makna. Kerja, respons dan tingkah laku ( proses dan produk ) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens ( juga dipanggul bukti ) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.

Standard Prestasi ( Performance Standard ) merupakan satu sel criteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid. Ianya member definisi kepada “ kejayaan ” dan bagaimanakan hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik ( indicator of success ) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap pengusaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard prestasi member gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang bagaimana hendak member skor kepada guru tentang bagaimana hendak member skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid. Standard Prestasi juga dirujuk semasa guru member maklum balas dan member pelaporan tentang murid.

Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau keadah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui oleh pentaksir ( guru ) malah ibu bapa dan murid sendiri.

Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor. Kriteria merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. Ianya menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan criteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperlihatkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara semua criteria khusus, satu standard dan criteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara semua criteria pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan criteria teras ( core ) digunakan sebagai panduan.

Dalam konteks pentaksiran prasekolahn di Malaysia, skor bermaksud apa yang digunakan untuk menandakan tahap pengusaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred ( A, B, C,…) atau markah ( 1, 2, 3,…) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh member maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah Belum Menguasai (* ), Sedang Maju ( **) dan Telah Menguasai (***). Tiga Skor ini mewakili pengusaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalan jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.

Jadual 1 : Standard Prestasi di Prasekolah – Contoh 1

Skor ( Tahap Penguasaan ) Simbol kriteria
Telah Menguasai TM -Tahu dan boleh dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila
Sedang Maju SM -Tahu dan boleh buat dengan bimbingan
Belum Menguasai BM -Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat

Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah --- contoh 2

Skor ( Tahap Penguasaan ) Simbol Kriteria
Menguasai M -Boleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga selesai
Sedang Berkembang SB -Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila melakukan aktiviti namun masih boleh melakukannya sehingga selesai
Perlu Banyak Bimbingan PB -Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan.

Tiga tahap penguasaan di Jadual 1 dan 2 boleh menjadi teras ( asas ) kepada penyataan kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk mentaksir setiap konstruk. Dengan adanya Standard Prestasi, guru dapat member skor dan maklum balas yang tepat kepada murid tentang prestasi mereka. Sehubungan itu guru boleh mengatur strategi pengajaran dan intervesi untuk membantu murid memperbaiki pembelajaran mereka bagi menguasai tahap yang tertinggi. Daripada maklum balas guru, murid pula mendapat gambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di mana kedudukan mereka dan apa lagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju kea rah sasaran berkenaan.

APAKAH CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH?

Penaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran murid. Ciri-ciri utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:
1. Mengambil kira psikologi kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak
2. Lebih mementingkan proses bukan produk
3. Dijalankan tidak secara langsung ( not direct testing )
4. Dijalankan dalam suasana semula jadi ( naturalistic )
5. Dijalankan dalam suasana tidak formal ( informal )
6. Dijalankan dalam keadaan yang tenang
7. Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid
8. Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai
9. Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran
10. Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan ( formatif )
11. Bersifat diagnostik : mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan
keperluan
12. Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangaan
murid
13. Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasai dan pengalaman
seharian murid ( autentik )
14. Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (
persekitaran ) murid
15. Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK GURU ?

Hasil pentaksiran membantu guru di prasekolah untuk :
1. Mengesan keberkesanan pengajaran
2. Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid
3. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
4. Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan
5. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai
murid
6. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan
perkembangaan dan pertumbuhan murid
7. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran
dari semasa ke semasa
8. Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang
boleh diperkukuhkan

BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK MURID?

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk member respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan criteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru member maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang member makna ( bukan dalam bentuk gred semata-mata ) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang member motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk mengetahuai perkembangaan mereka seterusnya.

APAKAH YANG DITAKSIR?

Perkara yang ditaksir merupakan kandungan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, perkara-perkara ( merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai ) yang ingin dikembangkan dalam diri murid dikategorikan mengikut enam tunjang iaitu :
• Tunjang Komunikasi
• Tunjang Sains dan Teknologi
• Tunjang kerohanian, Sikap dan Nilai
• Tunjang Fizikal dan Estetika
• Tunjang Kemanusiaan
• Tunjang ketrampilan diri.

1. Tunjang Komunikasi
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan krmahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangaan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa drama dan sajak.

2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan nilai merangkumi Pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan seharaian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan Moral
Pendidikan Moral prasekolah member focus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut : kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisplin.

3. Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosioemosi
Pendidikan prasekolah memnberi penekanan kepada perkembangaan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan kurang mantap. Perkembangaan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

4. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Perkembangaan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangaan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.
Perkembangan Fizikal dan penjagaan kesihatan kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat member tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangaan Kreativiti
Perkembangaan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.

Fokus Seni Visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yan y diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.

Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.

Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

5. Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal Sains
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam kehidupan ( contoh : tumbuhan, haiwan ) alam bahan ( contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet ) dan alam fzikal ( contoh : pelangi, cuaca ). Tunjang ini lebih mementingkan pengusaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja member peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal Matematik
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak . Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan keadah yang menyeronokkan. Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan computer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan computer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

6. Tunjang Kemanusiaan
Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami pehubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga member penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatandalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

STANDARD PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangaan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai keadah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Standard Pentaksiran pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.
• Tujuan pentaksiran adalah untuk :
- Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
- Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuhkan dan
mempertingkatkan perkembangaan mereka secara menyeluruh.
- Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran
dari semasa ke semasa.
- Member maklum balas terhadap kemajuan murid dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan.
- Mengesan keberkesanan pengajaran guru.
• Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang
tindakan susulan yang berkesan untuk :
- Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
- Membantu pembelajaran murid.
- Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu
pengajran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran kedua: Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan.
• Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:
- Penerapan nilai
- Pembentukan sikap
- Penguasaan kemahiran
- Status kecergasan
- Status kesihatan
- Kesediaan sosial ( social readiness )
• Aktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan
kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti
ini secara berdikari.
• Penyertaan dan kemenangaan dalam pertandingan tidak boleh
diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada
peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak
faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Standard Pentaksiran Ketiga : Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

Standard Pentaksiran Keempat : Keadah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangaan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.
• Keadah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan
perbandingan antara murid.
• Kaedah pentaksiran yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Pemerhatian berterusan
- Penilaian hasil kerja
• Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
- Ujian ataun peperiksaan formal
- Ujian kertas dan pensel
• Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.
• Proses dan keadah pentaksiran tidak terlalu rumit.
• Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau
kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.
• Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik
berkaitan perkembangaan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Contoh rekod adalah seperti berikut:
- Senarai semak.
- Skala kadar.
- Rekod Anekdot.
- Rekod berterusan. ( Running Record )
- Portfolio

Standard Pentaksiran Kelima: Hasil Pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.
• Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat
prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.
• Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat
kepada ibu bapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.
• Hasil penaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid
sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

Standard Pentaksiran Keenam : Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dicontohi.
• Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang
lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa dan pihak tertentu
sahaja
• Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-
kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat
dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak
pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam
perkembangaan kanak-kanak ini kelak.
• Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru
perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat “ A ”
atau “ B ” dan seterusnya.
• Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi
boleh berubah. Contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya
berkembang lebih cepat dalam pengusaan bahasa daripada kanak-kanak
lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat
daripada perempuan.

My Blog List